Monday, January 10, 2011

sudah ada teman istimewakah..hanya mampu tersenyum..

salam kepada pembaca maya ku..macam mana aktiviti kalian seharian?sudah diselesaikan sebaik mungkin..insyallah..mudah mudahan..Alhamdulillah...sering kali aku ucapkan kepada kalian senyum selalu ya..:)

baru-baru ini, perihal abahku menanyakan soal teman istimewa..


sudah ada teman lelaki kah?
belum lagi..
takkan tak ada kot..kamu jual mahal kah?atau kamu tidak mahu berkahwin?
tidak lah..muka semacam ini mana ada yang nak abah..

[tidak usah terburu-buru..perlu yakin cinta itu akan datang..insyallah..berserah dan redha pada Ilahi]


aku juga agak terkejut juga dengan soalan yang di tujukan pada aku..bukan aku tidak mahu..tapi aku belum-belum cukup bersedia untuk aku melayari alam berumah tangga. apatah lagi aku yang masih belum ke arah percintaan..dan ilmu agama aku masih rapuh bagaikan kayu yang sudah mahu tumbang bila-bila masa saja.

aku mahu pentingkan kerjaya dahulu..aku mahu merasai gajiku sendiri dari hasil titik peluh aku sendiri..

aku perlu persiapkan diri untuk jangka masa panjang..dugaan dan cabaran yang mendatang kena ditempuhi jua walau keadaan diri masih lagi keadaan yang mencari hala tuju..

aku harap, kalian yang sering menjengah teratak di sini mendoakan untuk aku agar aku dapat menempuh segala ujian dan dugaan dariNya..dan mendoakan kejayaan aku..terima kasih kalian..

Wednesday, January 5, 2011

aku akan cuba memperbaiki..terima kasih kalian aku ucapkan

salam kepada pembaca maya ku...aku hargai kalian yang sudi singgah di teratak blog aku yang tidak seberapa ni..terima kasih juga kepada yang mem'follow' blog..aku sangat hargai kalian..dan tak lupa juga kepada 'silent readers' yang adakalanya menjengah di blog ini..


syukur ke hadrat Allah SWT, aku di beri peluang hidup dengan izinNya dapat hirup udara segar di kala petang ini hujan, ditambah pula rasa kedinginan..


di sini aku minta maaf kepada kalian sebab tidak dapat memberi komen yang entry-entry yang ku tulis..ada masalah teknikal dan tidak tahun punca sebab apa..aku juga sudah lama tertanya-tanya..maafkan aku kalian..pada asalnya latarbelakang layout ini adik ku yang buat dari situ terdapat masalah sedikit yang tidak ada pada ruangan komen


jika ada di antara kalian atau bloggers yang singgah di sini yang mahu aku 'follow' kalian..kalian boleh tingglkan ruangan komen di ruangan SB ya..di ruangan blog aku yang satu lagi aku juga buat begitu juga agar senang dan mudah dikut bukan.. insyallah aku akan juga singgah di teratak kalian juga..jangan risau ya..


insyallah dari hari ke hari aku akan cuba memperbaiki tahap gaya penulisan ku..aku juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan ketika aku menulis..aku boleh terima teguran kalian dengan syarat biar la teguran itu teguran yang membina agar aku mempelajari sesuatu dan dapat manfaat dari kalian juga..sama kita semua memberi dan menerima..


pada blog yang satu lagi ada lah tempat ruang santai aku ketika aku kebosanan, meluahan apa saja isi hati dan cerita-cerita yang aku suka ceritakan..adakalanya pengisian aku cerita itu tidak ada apa-apa, hanya ruangan omongan kosong..maafkan aku juga ya..insyallah aku akan cuba memperbaiki..

Monday, January 3, 2011

pemilihan kerjaya..ikut kata hatikah?

salam kepada semua pembaca maya ku..tidak lambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru pembaca maya ku..aku harap segala tahun baru dapat dicapai dengan jayanya..amin..

kehidupan manusia sehari-hari belajar belajar dan belajar..setelah memerah otak dan tenaga kita guna lagi untuk mencari kerja..ini lagi satu penyakit..rata-rata pelajar-pelajar yang sudah habis pengajian akan diserapkan terlebih dahulu dalam latihan praktikal..selama empat atau enam bulan akan bertungkulumus mempelajari latihan praktikal di mana-mana syarikat..

jika majikan melihat usaha kita semasa menjalani latihan praktikal dan majikan itu mahu mengambil kita bekerja ditempat syarikatnya..itu namanya rezeki..jangan ditolak..sebab sebelum konvo sudah diterima sebagai bekerja..seronok bukan..tak adalah menganggur selama berbulan-bulan..

jika sebaliknya berlaku, kena berusaha keras untuk mendapat pekerjaan..rata-rata aku lihat juga profesion perguruan menjadi pilihan terakhir oleh para graduan walaupun mempunyai dekan dan mendapat pointer yang tinggi..adakah pemilihan profesion itu terpaksa dipilih atau berdasarkan minat yang diingini atau gaji yang baik di alam tersebut?adakah anda mahu menjadi guru atau tidak?


kadang-kala pemilihan kerjaya yang ditentukan diri sendiri tidak di terima oleh ibubapa..agak pelik kah? apa yang aku lihat ada sesetengah ibubapa yang memberi pandangan dari sudut negatif dari pemilihan yang dibuat oleh anak mereka..aku tahu juga ibubapa mahu yang terbaik untuk anak mereka tapi ..entah la aku tidak mengerti keadaan dan situasi seperti ini..jika kita tidak mengikut kehendak mereka dan memilih kehendak kita sendiri makanya mereka tidak merestui kerja yang kita lakukan..adakah patut jadi begitu?

Monday, December 27, 2010

cuba bangkit dan cari penyelesaian..

salam kepada pembaca maya ku..diharap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka..dan yang penting sekali berilah senyuman..senyuman itu ibarat seri wajah kita...


haaaa..tidak lama lagi nak masuk tahun 2011..keazaman setiap manusia akan memasan angan-angan, apakah cita-cita manusia pada tahun depan..setiap manusia juga mahukan impian yang di cita-citakan dan yang dilaksanakan..tapi kena berusaha keras untuk mencapai sesuatu impian itu..betul tak?



segala tulang empat kerat di gunakan bersungguh-sungguh tetapi impian yang ingin dicapai tidak dapat apa yang diinginkan..janganlah cepat berputus asa..cari jalan penyelesaian untuk mencapai impian itu..dengan kata lain cuba cari strategi lain daripada yang lain untuk mendapatkan impian itu..gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada diri sendiri..dan juga mencari apa kelebihan yang ada pada diri itu agar dapat tingkatkan keyakinan diri..


jika sesetengah orang memperlekehkan usaha kita..biarkan..jangan la kita melawan..makin kita melawan juga..makanya kita juga seperti mereka juga..kita buat kerja kita untuk kita berusaha apa yang kita impikan..lebih baik kita diam daripada kita banyak mulut dan banyak cakap tidak menyumbang apa-apa buah fikiran..sebaliknya mahu memperendah-rendahkan usaha seseorang itu..




kita kena bangkit dan bangun..kita kena buktikan kita juga boleh buat...mulut orang tak boleh nak tutup..itu hak mereka..kita tak boleh nak halang...setiap kritikan itu jadikan ia positif..ya aku tahu bukan semua orang mudah menerima sesuatu kritikan itu..tapi ambilnya ia dengan cara kita gunakan akal fikiran..cuba fikir semula sesuatu kritikan itu..kiranya,musahabah diri..tak ada yang mudah..dengan apa yang aku katakan tadi dengan cara muhasabah diri..tinggalkan segala perlakuan buruk dan mencari perlakuan yang baik ada pada diri kita..

Friday, December 17, 2010

menilai manusia..menjaga tepi kain orang..

salam kepada pembaca maya ku...diharap semuanya ceria apa yang berlaku disekeliling kalian...alhamdulillah, aku diberi peluang hidup di atas muka bumi Allah ini...


kadang-kadang kau tidak mengerti adakala manusia akan menilai setiap perbuatan manusia itu sendiri..menilai dari fikizal luarannya,sikapnya malah tingkah lakunya..kenapa ada sikap sebegini menilai setiap perilaku manusia..adakah ianya sudah menilai baik buruknya ia di atas diri sendiri...?



(google imej)


manusia akan nampak perbuatan negatif manusia lain tapi nilai yang ada manusia sendiri tidak nampak, malah dengan kata lain buat-buat tidak nampak..mahu juga mencari dan menilai atas setiap kesalahan manusia lain..aku tidak mengerti, mengapa ada juga manusia-manusia ini ada di atas muka bumi ini..


lagi satu, setiap manusia juga ada memberi teguran ke atas manusia lain...bermaksudnya disini meenjaga tepi kain orang..teguran itu sesetengah manusia tidak dapat menerima..malah lagi membangkitkan kemarahan..ada juga teguran itu boleh di terima atau tidak mengikut situasi keadaan sekeliling..adakah teguran disini "menjaga tepi kain orang masih relaven"?..

Tuesday, December 14, 2010

keluh kesah..menjatuhkan manusia..sikap dan tingkah laku...

sesuatu kerja yang dilakukan ada saja keluhan..ada saja rungutan..setiap manusia tidak terlepas dari keluh kesahnya..dan juga seolah-olah manusia seperti tidak bersyukur..termasuk juga aku.. bukan semua manusia yang mengalami keadaan seperti itu tidak bersyukur tetapi kemungkinan juga sesorang itu mengalami juga tekanan dalam hidup..tiada pula kekuatan diri..bukan disini bermaksud untuk mengatakan seseorang tiada kekuatan dalam hidup...cuba lihat orang yang tedekat dengan kita, orang yang berada disekeliling kita ada saja yang berlaku walaupun ianya perkara kecil yang boleh di selesaikan..



ya, aku cuma pandai berkata-kata saja bukan...itu lah realiti..munusia yang hanya mampu berkata-kata bila sesuatu musibah itu tidak berlaku pada dirinya...bila ia merasakan sesuatu musibah itu tapi dari situasi yang berbeza baru ia sedar manusia jangan hanya berkata-kata saja tanpa memberi apa-apa bantuan dari jasmani dan rohaninya...



ya, pendapat setiap manusia sering berbeza-beza..jika sama pendapat itu di antara meraka, dikatakan mudah di bawa bekerjasama, sekepala dengan meraka atau lebih ngam bila memulakan sesuatu perbincangan..adakah begitu...


ya, bila manusia ada rezeki kenaikan pangkat untuknya..ada pula manusia mahu menutup rezekinya..cemburu iri hati yang terpendam..sikap manusia tidak terlepas membuat perkara negatif dan akhirnya memakan diri sendiri..begitu ia rasa sepertimana ia melakukan perkara yang sama seperti itu juga...

nota kaki: manusia hidup ibarat putaran roda..kadang-kadang di atas..kadang-kadang dibawah..dan manusia hanya mampu berkata-kata..ini hanya berkongsi pendapat..jika ada terguris hati hati dalam penulisan aku ini..aku minta maaf..bukan niat aku juga untuk mengaibkan siapa-siapa..manusia di mata dan dihati tidak lah sempurna....

maafkan aku adik..aku hargai hasil kerjamu

salam kepada pembaca semua..pembaca yang secara maya yang singgah teratak di blog aku ini yang sememangnya tidak seberapa pun..aku ucapkan terima kasih..sudah begitu lama blog ini menyepi..kerana aku lebih memberi fokus pada blog aku yang satu lagi...



latarbelakang blog aku sudah tukar ganti..adik perempuan aku yang membuatnya..pada mula aku menyuruh adik menukar "header" di blog aku yang satu lagi tetapi sebaliknya berlaku adik menukar layout baru di blog aku yang baru nak berkembang bagai cendawan nak tumbuh...hati aku ketika itu begitu panas hati..rasa marah membuak-buak..YaAllah keadaan aku mengawal keadaan marah itu ada hikmahnya juga..apabila aku perhatikan hasil kerja tangan adik menukar layout ini, hati aku sedikit sebanyak agak tenang sedikit..kerana melihat warna hijau itu warna kesukaan aku..malah hasil kerja adik nampak kemas...

maafkan aku adik..aku marah tadi kepadanya..aku harap juga hatinya cepat sejuk..kreativiti mu dalam bidang IT memang tepat pilihan mu dalam jurusan yang mu pilih..
aku sayangmu adik...=)