Tuesday, June 21, 2011

Anak kecil Itu..

[gambar hiasan]



setiap pagi anak kecil dengan riang mahu pergi ke sekolah..dengan bajunya yang sering kali di pakai kelihatan putih tiada warna kuning-kuning di bajunya walaupun bajunya bertampal di sana sini..


anak kecil yang masih mentah itu mengetahui kesusahan ibunya berusaha yang terbaik untuk nya..berbeza sama dengan rakan sebayanya mempunyai ibu dan bapa dan mempunyai kerja yang berpendapatan yang tinggi. malah, rakannya juga membawa lebihan wang di sekolah..sebaliknya anak kecil itu berlainan sama sekali..tetapi anak kecil itu fikiran seperti orang dewasa..dia tetap bersyukur dengan apa yang ada..di sebalik keriangan dan kegembiraan di wajahnya di berasa sunyi dan rindunya kepada ayah..dia selalu memikirkan ayahnya..dimana kah ayahnya..dia cuna menyembunyikan kesedihan itu dari ibunya..dia tidak mahu ibunya susah hati memikirkan dirinya..





dengan ibu kasih sayang yang dikecapinya kini..dia berasa selamat..setiap pagi ibunya menyediakan bekalan makanan untuk kesekolah..setiap pagi itu juga ibu kesayangannya menghantarnya ke sekolah meskipun berjalan kaki...walaupun ketika hari hujan lebat sekalipun, ibunya tetap menghantarnya ke sekolah..dan belum pernah anak kecil itu ponteng sekolah..





anak kecil itu, wajahnya berseri dan seolah-olah tiada dosa..ketika perjalanan pergi ke sekolah dan ketika pulang dari sekolah, orang di sekelilingnya akan memandang anak kecil yang comel itu..dan orang-orang yang melihatnya kepingan anak kecil yang comel seperti itu..ibunya senang dengan keletah dan lincah anaknya..ibunya bersyukur kepada Tuhan dengan pemberian anak yang comel..