Friday, October 29, 2010

ishhh mukanya



salam semua...korang buat apa hari nie...?di harap korang semua sihat-sihat selalu deh..kalu ada yang tengah sakit-sakit tu cepat-cepat pergi jumpa doktor..ishh macam hudak kecik pulak mention kat orang macam-macam..adesss..(=___+)..




emmm semalam entry pasal jerawat kan..kan..yup kalu betul 10 sen je bagi...ishh suka sangat melalut-lalut nih..stret to the point la minah..huhu..ok-ok..kena fokus nie..lalala...kalu korang tengok penampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki apa yang korang lihat dulu..?adakah dari fizikalnya, luarannya..kalu dalaman memang sah korang dah otak mereng..wakaka..ok aku nak fokus tang muka la especially..disebabkan muka berjerawat...sesetengah orang ada yang tak kisah sangat bab jerawat..bukan disebabkan seseorang tu tak pandai jaga kebersihan ke, penampilan diri ke..sebab-sebab kemungkinan mungkin tak sesuai produk yang dipakai..betul tak...kalu betul sangat-sangat bantai aku cukup..dush-dush..(>_____<)




if ada sesetengah jenis orang, dia tahu masalah muka dia berjerawat..mungkin seseorang tu memikirkan ada yang lebih penting..like fokus pelajaran dulu ke..tak nak membazir nak rawatan muka ke..if lain-lain orang berbeza pendapatkan...dan aku tengok gak orang semacam nie seorang yang talented...tapi tak semestinya orang cantik ke tak cantik ke..hensem ke tak hensem ke..tapi diri seseorang tu dia nak capai sesuatu kerjaya yang dia nak..nak gapai kejayaan dulu...




emmm if korang tak setuju dengan pendapat aku..like aku tulis ni memang entah apa-apa...aku jenis tak kisah..biasalan manusia mesti pro dan contra nya..huhu...emmm macam ni lah nak konsi cerita dengan hampa..waktu tu aku 15 tahun dan adik perempuan aku time tu umur dalam 12 tahun kan..aku masih ingat lagi adik perempuan aku muka dia penuh giler jerawat..macam-macam jerawat yang timbul..kulit pun tau-tau la kan kasar beb..bukan halus..dah macam kulit katak pun ada ..emm aku bukan nak kutuk atau aib adik aku tau..cz aku jadi kesian kat dia waktu tu..muda-muda dah berjerawat..aku tau perempuan ada perubahan hormon tu sebab jadi macam tu..then adik aku tu try la macam-macam produk semua tak menjadi..





produk yang dipakai masa tu yang murah-murah..emmm lagi bertambah la al berjerawatnyer...lagi satu aku dan adik pergi ceramah motivasi PMR dan UPSR..semua orang tengok semacam je muka adik aku tuh...dah sah lah muka adik aku satu muka dia berjerawat penuh..huhu..memang kecian giler la waktu tu...(T_____T)..bila menigkat alam remaja tu, dia pakai la produk OLay..emm yang tu kan mahal skit la harganya..kalu mahal skit dan sesuai dengan kulit tu la menjadi..kalu produk murah harga..alamatnya berjerawat lagi lama kot...huhu...sekarang ni semua dah ok..muka pun dah licin..gebu-gebu gitukan...emmm bukan aku nak puji lebih-lebih tahu tapi aku lihat sendiri perubahannya..ambil masa jugak nak ada perubahan dimuka adik aku tu...time dulu chubby sekarang slim...huhu..




ok la..bercoleteh panjang giler plak aku nih...panjang sangat jenuh dan malas betul orang nak baca...termasuk lah aku..huhu..




notakaki: jaga kebersihan diri..amalkan senyuman selalu..=)

Thursday, October 28, 2010

masalah jerawat..hal remeh-temeh ke?

(google imej)

salam semua...apa khabar?hepi tak dengan aktivit yang korang dah rancang untuk keesokannya...emmm harap korang sentiasa sukses..dan apa yang lebih penting lakukan sesuatu kerja dengan hati yang ikhlas..lakukannya dengan penuh minat dan lagi satu sesuatu kerja yang dilakukan niat kerana Allah SWT..ecehh..macam pakar motovasi lah pulak....ishhhh tutup muka sendiri..malu-malu..(=_+)..


sebenarnya untuk enrty kali ni masalah jerawat...korang mesti tau kan macam-macam jerawat ada...jerawat batu, jerawat nasi..jerawat apa lagi ea..yang aku tau dua jenis jerawat je..huhu..korang jangan lah anggap benda ni remeh-temeh..orang-orang luar mesti kata 'alah...masalah jerawat pun nak bikin kecoh rr lu..'..salah satunya orang-orang diluar sana akan mention macam tu..kalu pendapat aku tak betul sangat atau memang dah sah-sah tak betul tolong betulkan dengan segera ok..huhu...(=____=)


setiap orang akan mengalami masalah hormon jerawat...sekarang nie nak hilangkan jerawat senang je kan pakai lazer..tak pun pakai krim yang berlambak-lambak dan pelbagai jenis jenama produk di pasarankan..korang semua tau..dan bijak-bijak belaka kan..wakaka..selalunya kaum perempuan yang sanggup jugak membeli barang keperluan wanita like macam nak hilangkan jerawat..jeragat..dan yang semestinya nak kulit cerah gebu macam anak patung...lalalala..betul tak kaum wanita...?wanita dah sememangnya wanita mestilah nak kena jaga penampilan diri dari hujung hinggalah ke hujung kaki..betul-betul tak..huhu..trademark datin wan abe nih..dah jangan nak melalut ke laut dah..teruskan entry..ok-ok..sori..


emm kalu kaum lelaki macam mana eak...kalu masalah jerawat-rawat ni korang ambil kesah tak...kang tengok jerawat skit..kang kata tak pandai nak urus diri sendiri..dengan kata lain orang pengotor pulak kan...muka jerawat dan berminyak-minyak...badan berbau...nak ke macam tu...dah tentu tak cari orang semacam itu kan..tak kira lelaki mahu pun perempuan...huhu..(>___<)


emm sekarang nie dah ramai orang yang berpendapatan tinggi..gaji pun memang dah sah lah beribu-beribu dan berjuta-juta..huhu..melalut amik ayat dari filem plak..lalala...kalu berduit tu memang pergi spa yang modennya....yang ada tukang urut yang profesional...nk hilang segala benda yang melekat di badan tu..termasuklah bab-bab muka nak kasi cun melecun...(0)_(0)..


nota kaki: ni punyer entry part 1..eceh..baru hang nak bagitau kat depa..lalala..emmm jaga kebersihan diri..kalu sapa-sapa yang badan berbau tu..dan muka ada minyak-minyak skit-skit..rajinkanlah diri membersihkan diri tau..bukan untuk orang lain untuk diri sendiri gak kan kena la jaga..baru lah orang pun suka..emmm anak sapo lah nie..ok wassalam..senyum sokmo deh..:)

Wednesday, October 27, 2010

jadi pendengar setia??

(gambar hiasan)


salam semua..apa cerita hari nie...aku harap korang ceria selalu...ok entry yang ketiga aku nak kongsi dengan korang pasai jadi pendengar luahan orang atau jadi pendengar yang setia orang kata kan kan..stret to the point la no..kalu pihak A meluahkan apa yang tak puas hatinya dengan pihak B kepada si C ni..Si C ni duk dengar dengan penuh minat dan hanya mendengar saje kan tanpa berkata apa-apa..tapi dah duk dengar apa yang diluahkan dengan pihak A betul ke tak betul apa yang bagitahu atau boleh percayakah dengan kata-kata dengan dengar sebelah pihak sahaja..jadi Pihak B tak tau apa cerita..kalu nk tahu apa plak masalah pihak B yang tak puas hati dengan pihak A nie..si C ni jadi orang tengah..ye la kan dengar sebelah pihak je..kang kalu duk tanya apa masalah pihak B, kang kata plak jadi bzbody..duk menyibuk hal orang..


adakah korang buat duno je atau nak menyelesaikan pertelegahan dua pihak...?kalu aku, aku akan duno tapi dalam buat duno-duno aku tu aku perhatikan gelagat meraka-mereka..adakah boleh berbaik semula atau tak?wallahualam...aku tahu bukan semua orang yang satu kepala dengan kita..tapi itu lah yang sukarnya bila hati rasa sakit panas..hilang segala kebaikan yang ada dalam diri..dan mula timbulnya semua keburukan di depan mata..aku tahu bukan mudah nak jadi baik dan lebih-lebih lagi bukan mudah nak jadi sempurna..(T___T)


pihak B akan tanya si C..apa pihak A bagitau kat si C..kecian si C jadi mangsa keadaan pulak..macam mana pulak tu bila pihak B duk tanya si C..kalu si C bagitau kat pihak B kang kata jadi batu api plak..kang jadi makin huru hara pihak A dan B makin bertelagah..kang tipu sunat kata ok je..macam mana plak..boleh ke macam tu..kang kata bersubahat plak..kang beri teguran atau nasihat takut plak kata "pandai plak hang ajar aku..hang pun apa kurang nya"..bila jadi pendengar nie adakah kita perlu luahkan kepada orang yang kita percayai tapi itu lah masalah bila nak luah tu plak fikit dua tiga kali, takut pulak kata mengaibkan orang pulak..adakah lebih baik simpan saja dalam hati..?simpan pulak kang hati dan fikiran duk asyik fikir masalah orang..masalah diri sendiri..emmmm fikir la sendiri..huhu..T_____T..

Tuesday, October 26, 2010

mulut..guna lah perkataan yang baik




salam kepada semua..tak kira lah tua, muda, miskin atau kaya...dan sama-sama lah kita berdoa diantara satu sama lain agar diri sendiri dan diri korang juga menjadi lebih baik pada hari daripada yang sebelumnya..syukran alhamdulillah..


ok la..kita sebagai manusia yang duduk dan tinggal di bumi ciptaan Allah yang maha esa hanya sementara kan..itu semua korang mesti dah tau sangat-sangat..tapi itu lah dunia sekarang yang kita lihat tak habis-habis dengan perangai, sikap dan tingkah laku manusia-manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang waras tapi tak menggunakan akal yang dikurniakan oleh maha Pencipta dengan sebaiknya kenapa?kenapa dan kenapa?kalau manusia yang nampak sempurna dari fizikal tapi akalnya tidak waras..macam mana pula? betul ke macam tu?


salah satu sikap yang pertama aku perhatikan orang yang berada disekeliling aku..iaitu sikap mulut..kenapa aku kata mulut?sebab mulut yang Allah ciptakan itu semestinya untuk berkata-kata-kata dan bercakap-cakap perkara baikkan..betul tak?tapi kenapa yang lihat mulut yang di selalu, tiap-tiap hari di gunakan untuk berkata-kata dan bercakap-cakap benda-benda yang tak elok..senang cakap selalu mendengar orang mengumpat, orang yang mengumpat, makin hamun segala macam yang terkeluar dari mulut yang diciptakan Allah...dari segala perkara negatif yang terkeluar dari mulut masing-masing adalah tidak dapat dapat mengawal diri sendiri..kalau dah tahap marah melampau memang tak kira orang disekelilingnya melihat..orang yang melihat sudah semestinya mengata..mengat sudah semestinya belakang-belakang..nak mengata depan-depan jangan harap lah berani nak tegurkan..lebih-lebih orang yang tak sekepala dan boleh jadi pergaduhan antara satu sama lain..malah boleh jadi pergaduhan antara group by group plak..emmm memang jadi makin panas la jawab..


aku sendiri pun tak tahu lah..kenapa mesti ada sikap manusia-manusia seperti ni..tak kira lelaki atau perempuan sama saja kan..aku bukan nak kata diri aku ni seratus-peratus baik..dan bukan aku nak kata diri aku dah sememangnya bukan sempurna...tapi aku rasa malu tengok orang melayu Islam bermusuhan sesama sendiri..aku pun faham, bukan mudah nak maafkan orang yang cari musuh atau sebaliknya, yang membenci atau sebaliknya...ishhh..takkan lah selamanya nak bermusuh sesama sendiri..aku sendiri pun tak paham lah keadaan orang-orang yang disekeliling aku ni..dunia yang aku lihat di tempat aku nie betul-betul dugaan, cabaran dan cubaan..kadang-kadang rasa naik bosan..macam duk kata orang macam tu macam ni..pastu tersebar pulak...dah jadi gosip..mula duk bercerita sok sek..sok sek..



p/s: mulut gunalah sebaik mungkin..gunakanlah percakapan yang elok..cubalah kawal kemarahan diri..tidak dapat kawal kemarahan itu, cubalah istighfar..dan ambil wuduk dan membaca Al-Quran..korang pun tahu kan perkara-perkara yang aku bagitahu ni kan..emmm tepuk dada tanya iman..nak jadi baik atau sebaliknya fikir-fikirkanlah..senyum selalu ye..=)

Monday, October 25, 2010

selamat datang kepada diri aku sendiri


Aku Dunia Luahan Maya Fantasi..selamat datang kepada diri aku sediri dalam dunia bolg maya ini. Sebelum ini aku ada blog aku sendiri, tapi sekarang nie blog aku yang sedia ada masih aktif, walaupun tempoh aku menjadi seorang bloggers baru nak masuk 5 bulan. aku buat blog satu lagi ni sebab aku rasa diri aku macam hipokrit, dengan kata lain aku tak dapat luahkan sepenuhnya apa yang aku pendamkan dalam hati aku ni. Aku nak berblogging bukan nak minta simpati ke, mengedik-gedik ke, itu silap, bukan sikap aku begitu, nak kata aku bukan baik sangat, korang semua mesti fahamkan, dalam dunia nie mana ada yang sempurna.


sebelum aku mencipta blog kedua aku ini, aku berfikir berkali-kali jugak adakah betul tindakan yang ambil ini? bermain bermonolog aku. Aku lakukan ini nak kongsi dengan pendapat korang, manalah tahu boleh memberi pendapat antara satu sama lain, dan aku nak tengok pada diri aku sendiri sama ada aku boleh tak terima pendapat korang, tak kira lah sama ada bentuk pendapat atau komen korang yang agak pedas macam cili padi ke, macam sambal belacam ke..tak kisah lah apa-apa pun..(>_<)


aku pun masih lagi nak belajar dalam dunia berblogging nie..cz aku pun mengaku aku bukannya pandai dalam bab-bab dalam penulisan penceritaan lebih-lebih lagi isu-isu semasa. aku pun ada juga buat blogwalking cz aku lihat dan perhatikan bagaimana gaya penulisan bloggers yang pelbagai. ada yang blog genre atau tema masakan, politik, isu-isu semasa, gaya bebas, menceritakan perihal diri sendiri tak pun melihat pelbagai persekitaran dan gelagat orang. emmm panjang pulak entry aku..berjela-jela pulak tu..masalah ada orang baca atau tak, itu belakang kira..


ok la, aku ucapkan selamat kat diri aku sendiri selamat datang buat kali kedua dalam blog kedua aku..yezzzzzzaaaaa..huhu