Monday, October 25, 2010

selamat datang kepada diri aku sendiri


Aku Dunia Luahan Maya Fantasi..selamat datang kepada diri aku sediri dalam dunia bolg maya ini. Sebelum ini aku ada blog aku sendiri, tapi sekarang nie blog aku yang sedia ada masih aktif, walaupun tempoh aku menjadi seorang bloggers baru nak masuk 5 bulan. aku buat blog satu lagi ni sebab aku rasa diri aku macam hipokrit, dengan kata lain aku tak dapat luahkan sepenuhnya apa yang aku pendamkan dalam hati aku ni. Aku nak berblogging bukan nak minta simpati ke, mengedik-gedik ke, itu silap, bukan sikap aku begitu, nak kata aku bukan baik sangat, korang semua mesti fahamkan, dalam dunia nie mana ada yang sempurna.


sebelum aku mencipta blog kedua aku ini, aku berfikir berkali-kali jugak adakah betul tindakan yang ambil ini? bermain bermonolog aku. Aku lakukan ini nak kongsi dengan pendapat korang, manalah tahu boleh memberi pendapat antara satu sama lain, dan aku nak tengok pada diri aku sendiri sama ada aku boleh tak terima pendapat korang, tak kira lah sama ada bentuk pendapat atau komen korang yang agak pedas macam cili padi ke, macam sambal belacam ke..tak kisah lah apa-apa pun..(>_<)


aku pun masih lagi nak belajar dalam dunia berblogging nie..cz aku pun mengaku aku bukannya pandai dalam bab-bab dalam penulisan penceritaan lebih-lebih lagi isu-isu semasa. aku pun ada juga buat blogwalking cz aku lihat dan perhatikan bagaimana gaya penulisan bloggers yang pelbagai. ada yang blog genre atau tema masakan, politik, isu-isu semasa, gaya bebas, menceritakan perihal diri sendiri tak pun melihat pelbagai persekitaran dan gelagat orang. emmm panjang pulak entry aku..berjela-jela pulak tu..masalah ada orang baca atau tak, itu belakang kira..


ok la, aku ucapkan selamat kat diri aku sendiri selamat datang buat kali kedua dalam blog kedua aku..yezzzzzzaaaaa..huhu

No comments:

Post a Comment