Wednesday, November 24, 2010

Disaat aku menyintaimu..Dadali

salam semua...emmm entry cintan cintun lagi ke?..emmm ada kalanya membosankan..emmm adakalanya memang membosankan sungguh tahap gaban..ngenngeh...kadang-kadang perempuan ini ikut dia punyer emo dan mood juga...gembira...sedih..semuanya ada lah...emmm jom apa kata layan lagu "Disaat aku menyintaimu"



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Monday, November 22, 2010

cinta..love...pahit dan manis




salam kepada semua....setiap detik, saat dan minit..setiap orang akan memperkatakan tentang cinta...cinta orang kata begitu indah dengan kata lain sangat-sangat indah..adakah benar penyataan ini?


bila perasaan cinta itu ada..hati mula rasa berdebar-debar...darah mula naik sampai ke kepala..terasa cinta dan kehangatan cinta mula ada...jantung makin dup dap dup dap...emmmm begitu hebat kan namanya cintakan...


bila dua pasang mata bertemu..teruna dan dara saling berpandangan antara satu sama lain...seolah-olah dunia cinta ini adalah milik mereka...tapi biar cinta itu dengan keredhaan Allah..bila hubungan cinta telah berputik..jaga hubungan itu sebaik mungkin...jangan bersentuhan...bawa kawan atau teman ketika bertemu dengan kekasih...emmm bila bawa teman atau kawan mesti orang akan kata kalau bawa teman akan menganggu dengan kata lain buat menyibuk je...lebih baik bawa teman atau kawan agar tidak ada orang yang akan menimbul kan fitnah...


lagi satu bila nak keluar..jangan la pergi ke tempat yang sunyi, tempat yang gelap..tak elok...syaitan memang suka kalu orang-orang yang tengah hangat bercinta ke tempat-tempat macam ni..yang tengah-tengah bila bercinta tentulah syaitan kan..semua orang tahu hal ini kan...tapi ingat..yang Maha Melihat orang-orang yang tengah berdua-duaan ini Allah Yang Satu....jadi salah dan silap masing-masing memperbetulkan diri sendiri...ubah diri kita untuk kehidupan kita ini mahu yang lebih baik atau sebaliknya....fikir-fikirkan lah...

Friday, November 12, 2010

adakah ianya berakhir dengan...

Salam kepada semua pembaca..terima kasih juga sudi singgah blog ku yang tidak seberapa ini...ku hargai setiap anda yang datang melawat blog ku ini..(=______=)


aku berada dalam keadaan persekitaran yang penuh dengan umpatan, kejian,..dengan kata lain mengucap kata-kata belakang..bukan di depan-depan..Ya Allah, bila situasi ini akan tamat..adakah ianya akan berakhir dengan kehomornian atau berakhir dengan pertelingkahan yang berterusan...(T_____T)

hati dan jiwa ini rasa seperti di cucuk-cucuk..lebih-lebih hati ini tidak tenteram...telinga mendengar perkataan-perkataan yang kurang enak..aku rasa dunia tidak layak aku duduki yang Tuhan ciptakan...aku hanya melihat dan tidak mampu untuk aku berbuat apa-apa..hanya melihat..seolah-olah aku tidak mahu dikatakan menjaga tepi kain orang..hidup dunia sendiri dan buat diri masing-masing..aku hanya mampu senyum dan berdiam diri saja..

kadang-kala apa yang berlaku di persekitaran kita..kita terus melihat dari luaran juga kan..tapi di dalaman kita tidak tahu..kita harus menila diri sendiri dahulu..dan sentiasa perbaiki diri kita dari semasa ke semasa..senyum selalu..wassalam..

Wednesday, November 10, 2010

kata-kata ucapan indah dengan zikirulallah dan selawat junjungan kepada Nabi SAW. Sementara aku hidup di dunia ini dengan kurniaan yang diberi oleh-Nya, ku panjatkan penuh kesyukuran yang tidak terhingga kerana Ia memberi ruang kepadaku untuk aku melihat keadaan diriku sendiri, melihat segala penciptaanNya Yang Maha Agong yang pelbagai rupa, bentuk, warna dan sebagainya.


Disini, aku mengisi ruang kekosongan untuk tulis apa yang tersirat di pemikiranku, dihatiku dan dijiwaku. Bukan mudah untuk menyimpan sesuatu yang lama tersimpan dan yang sememangnya telah lama memendam lama di hati yang sering berkata-kata tapi bukan di lisanku.





Aku mencari perjalanan hidup yang tiada penghujung dan nokhtahnya. Ia selari beriringan yang tiada putus seperti tali. Untuk aku mencarinya bukan mudah untuk aku gapai dan bukan mudah juga untuk memperoleh dengan sesuka hati. Tatkala hatiku berasa pedih tapi aku sendiri tidak tahu kenapa?



Sering kali aku berfikir, bagaimana keadaan aku untuk aku tidak bergantung pada orang lain sebab orang-orang yang terdekat denganku begitu ringan tangan membantu aku tatkala aku berada di dalam kekesusahan. Aku cuba untuk menjadi diri sendiri, cuba untuk yakinkan diriku sendiri. Tapi aku rasa begitu payah dan sukar untuk aku tempuhi. Bukan aku tidak cuba dan bukan juga aku nak berfikiran negatif. Aku tahu siapa diriku dan Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Sepanjang aku hidup selama 23 tahun di atas bumi Allah ini, aku telah mempelajari sesuatu diluar jangkaanku. Baru aku lihat dengan mata kepala ku sendiri. Betapa di dunia ini juga penuh ranjau dan onak durinya, malah ada juga hidup di dunia yang penuh kepura-puraan. Bila aku melihat setiap perbuatan yang manusia yang pelbagai termasuk yang ada pada diri aku sendiri, aku cuba untuk menjadi yang terbaik, maksudku disini bukan untuk aku menjadi seorang begitu sempurna tetapi dalam menilai diri ku sendiri untuk aku sentiasa muhasabah diri.

Tuesday, November 9, 2010

Aurat dalam Islam









MUKADDIMAH

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.

antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.



PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.



ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)



PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.



KESIMPULAN

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.



Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

wahai kekasih-Nazrey Johani




Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.


Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Wednesday, November 3, 2010

marah..amarah..pertelagahan..



salam kepada semua...apa perancang korang pada jangka masa panjang ea? aku harap korang dapat capai apa korang rancang untuk masa hadapan...


emmm setiap saat..setiap detik..seperti bunyi jam berdeting menunjukkan waktu masa tertentu..setiap kali aku melihat manusia tidak dapat mengawal perasaan amarahnya..kira nya tiada persefahaman atau dengan lebih tepat sekali tidak sekepala...kenapa mesti ada dalam hidup ini..seolah-olah tidak mahu beralah..mesti nak atau mahu mempertahankan diri masing-masing untuk mengatakan diri tidak bersalah...


semua orang merasa perasaan amarah..lebih-lebih lagi yang tidak dapat mengawal diri sendiri sehingga tidak mahu lagi bertegur sapa..buat hal sendiri..dan lebih menyedihkan tidak mahu memaafkan..kenapa mesti berdendam...malah kerana amarah juga sanggup yang bergaduh..pukul memukul dan lebih parah lagi sanggup membunuh..itu pun ada perkara kecil yang boleh di selesaikan tapi sanggup berbunuh..


korang juga semua tahu dan mengerti..di antara kita mesti nak berkawan orang yang satu kepala dengan kita dan lebih tepat lagi yang boleh bawa berbincang dan boleh beri pendapat masing-masingkan..emmm adakalanya pendapat yang diberi tu berbeza...tapi mcam mana kita berkawan orang yang tidak satu kepala dengan kita..susah nak dibawa berbincang..cepat marah dan naik angin..seperti angin kus-kus..(=_____+)..emmm macam mana kita nak setelkan masalah sesuatu masalah itu dengan orang seperti itu?


aku juga faham keadaan seperti ini mesti ada pertelagahan..ada di mana-mana saja..di mana-mana tempat...korang juga semestinya dah tentu ada situasi seperti ini...macam-macam perkara sehinggakan ada yang kawan baik bersahabat dari kecil boleh juga putus kawan yang dahulunya seperti saudara rapat atau belangkas..aku tujukan ini bukan mengaibkan sapa-sapa..apa yang kita lihat di luar persekitaran kita.. orang yang terdekat dan orang yang disekeliling kita..itu dunia sebenar-benarnya dan betul-betul realiti..betul kan...huhu..(=______=)..

emmm fikir-fikirkan...peace....(0_____o)








Tuesday, November 2, 2010

begitu hebat panahan cinta itu



ya Allah..Engkau telah memberi perasaan ini kepada setiap wanita..iaitu perasaan untuk cinta-mencintai..Engkau Ya Allah memberi keistimewaan dan kelebihan dalam diri wanita..termasuk aku Ya Allah..


dengan ada perasaan yang aku rasa lain pada lain sebelum-sebelum ini..aku sendiri tidak tahu kenapa..aku cuba membuang perasaan ini..makin mahu dibuang makin teringat akan wajahnya...dan seolah-olah perasaan ini makin dekat...


aku rasa penat dengan pendaman ini..bukan aku mengeluh dengan perasaan yang Allah berikan kepadaku aku..tapi aku rasa takut..rasa gelisah dengan perasaan yang diberiNYa..adakah aku jatuh cinta..adakah Tuhan telah memberi petunjuk kepada aku, adakah ia calon suami yang baik untukku...waallahualam...aku hanya mampu reda dengan ketentuanNya..


hati dan perasaan ini, aku tidak melihat rupa parasnya..aku sendiri melihat rupanya tidak setampan dan sekacak kaum adam..tapi aku melihat wajahnya ada kemanisan diwajahnya..tapi dikala aku meluahkan di blogku ini..mesti dikatakan setiap permulaan rasa bibit-bibit cinta semua indah-indah belaka dan manis-manis belaka..seolah-olah juga tiada nampak keburukan yang ada pada dirinya...Ya Allah begitu hebat panahan cinta yang Engkau berikan kepada setiap kaum Adam dan Hawa...


dikala cinta itu juga jangan lah aku menjadi orang begitu lalai dengan cinta yang diberikan olehNya...lebih utamakan cinta kepada Allah yang satu..dekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta...