Wednesday, November 10, 2010

kata-kata ucapan indah dengan zikirulallah dan selawat junjungan kepada Nabi SAW. Sementara aku hidup di dunia ini dengan kurniaan yang diberi oleh-Nya, ku panjatkan penuh kesyukuran yang tidak terhingga kerana Ia memberi ruang kepadaku untuk aku melihat keadaan diriku sendiri, melihat segala penciptaanNya Yang Maha Agong yang pelbagai rupa, bentuk, warna dan sebagainya.


Disini, aku mengisi ruang kekosongan untuk tulis apa yang tersirat di pemikiranku, dihatiku dan dijiwaku. Bukan mudah untuk menyimpan sesuatu yang lama tersimpan dan yang sememangnya telah lama memendam lama di hati yang sering berkata-kata tapi bukan di lisanku.





Aku mencari perjalanan hidup yang tiada penghujung dan nokhtahnya. Ia selari beriringan yang tiada putus seperti tali. Untuk aku mencarinya bukan mudah untuk aku gapai dan bukan mudah juga untuk memperoleh dengan sesuka hati. Tatkala hatiku berasa pedih tapi aku sendiri tidak tahu kenapa?



Sering kali aku berfikir, bagaimana keadaan aku untuk aku tidak bergantung pada orang lain sebab orang-orang yang terdekat denganku begitu ringan tangan membantu aku tatkala aku berada di dalam kekesusahan. Aku cuba untuk menjadi diri sendiri, cuba untuk yakinkan diriku sendiri. Tapi aku rasa begitu payah dan sukar untuk aku tempuhi. Bukan aku tidak cuba dan bukan juga aku nak berfikiran negatif. Aku tahu siapa diriku dan Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Sepanjang aku hidup selama 23 tahun di atas bumi Allah ini, aku telah mempelajari sesuatu diluar jangkaanku. Baru aku lihat dengan mata kepala ku sendiri. Betapa di dunia ini juga penuh ranjau dan onak durinya, malah ada juga hidup di dunia yang penuh kepura-puraan. Bila aku melihat setiap perbuatan yang manusia yang pelbagai termasuk yang ada pada diri aku sendiri, aku cuba untuk menjadi yang terbaik, maksudku disini bukan untuk aku menjadi seorang begitu sempurna tetapi dalam menilai diri ku sendiri untuk aku sentiasa muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment