Monday, December 27, 2010

cuba bangkit dan cari penyelesaian..

salam kepada pembaca maya ku..diharap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka..dan yang penting sekali berilah senyuman..senyuman itu ibarat seri wajah kita...


haaaa..tidak lama lagi nak masuk tahun 2011..keazaman setiap manusia akan memasan angan-angan, apakah cita-cita manusia pada tahun depan..setiap manusia juga mahukan impian yang di cita-citakan dan yang dilaksanakan..tapi kena berusaha keras untuk mencapai sesuatu impian itu..betul tak?



segala tulang empat kerat di gunakan bersungguh-sungguh tetapi impian yang ingin dicapai tidak dapat apa yang diinginkan..janganlah cepat berputus asa..cari jalan penyelesaian untuk mencapai impian itu..dengan kata lain cuba cari strategi lain daripada yang lain untuk mendapatkan impian itu..gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada diri sendiri..dan juga mencari apa kelebihan yang ada pada diri itu agar dapat tingkatkan keyakinan diri..


jika sesetengah orang memperlekehkan usaha kita..biarkan..jangan la kita melawan..makin kita melawan juga..makanya kita juga seperti mereka juga..kita buat kerja kita untuk kita berusaha apa yang kita impikan..lebih baik kita diam daripada kita banyak mulut dan banyak cakap tidak menyumbang apa-apa buah fikiran..sebaliknya mahu memperendah-rendahkan usaha seseorang itu..




kita kena bangkit dan bangun..kita kena buktikan kita juga boleh buat...mulut orang tak boleh nak tutup..itu hak mereka..kita tak boleh nak halang...setiap kritikan itu jadikan ia positif..ya aku tahu bukan semua orang mudah menerima sesuatu kritikan itu..tapi ambilnya ia dengan cara kita gunakan akal fikiran..cuba fikir semula sesuatu kritikan itu..kiranya,musahabah diri..tak ada yang mudah..dengan apa yang aku katakan tadi dengan cara muhasabah diri..tinggalkan segala perlakuan buruk dan mencari perlakuan yang baik ada pada diri kita..

Friday, December 17, 2010

menilai manusia..menjaga tepi kain orang..

salam kepada pembaca maya ku...diharap semuanya ceria apa yang berlaku disekeliling kalian...alhamdulillah, aku diberi peluang hidup di atas muka bumi Allah ini...


kadang-kadang kau tidak mengerti adakala manusia akan menilai setiap perbuatan manusia itu sendiri..menilai dari fikizal luarannya,sikapnya malah tingkah lakunya..kenapa ada sikap sebegini menilai setiap perilaku manusia..adakah ianya sudah menilai baik buruknya ia di atas diri sendiri...?



(google imej)


manusia akan nampak perbuatan negatif manusia lain tapi nilai yang ada manusia sendiri tidak nampak, malah dengan kata lain buat-buat tidak nampak..mahu juga mencari dan menilai atas setiap kesalahan manusia lain..aku tidak mengerti, mengapa ada juga manusia-manusia ini ada di atas muka bumi ini..


lagi satu, setiap manusia juga ada memberi teguran ke atas manusia lain...bermaksudnya disini meenjaga tepi kain orang..teguran itu sesetengah manusia tidak dapat menerima..malah lagi membangkitkan kemarahan..ada juga teguran itu boleh di terima atau tidak mengikut situasi keadaan sekeliling..adakah teguran disini "menjaga tepi kain orang masih relaven"?..

Tuesday, December 14, 2010

keluh kesah..menjatuhkan manusia..sikap dan tingkah laku...

sesuatu kerja yang dilakukan ada saja keluhan..ada saja rungutan..setiap manusia tidak terlepas dari keluh kesahnya..dan juga seolah-olah manusia seperti tidak bersyukur..termasuk juga aku.. bukan semua manusia yang mengalami keadaan seperti itu tidak bersyukur tetapi kemungkinan juga sesorang itu mengalami juga tekanan dalam hidup..tiada pula kekuatan diri..bukan disini bermaksud untuk mengatakan seseorang tiada kekuatan dalam hidup...cuba lihat orang yang tedekat dengan kita, orang yang berada disekeliling kita ada saja yang berlaku walaupun ianya perkara kecil yang boleh di selesaikan..



ya, aku cuma pandai berkata-kata saja bukan...itu lah realiti..munusia yang hanya mampu berkata-kata bila sesuatu musibah itu tidak berlaku pada dirinya...bila ia merasakan sesuatu musibah itu tapi dari situasi yang berbeza baru ia sedar manusia jangan hanya berkata-kata saja tanpa memberi apa-apa bantuan dari jasmani dan rohaninya...



ya, pendapat setiap manusia sering berbeza-beza..jika sama pendapat itu di antara meraka, dikatakan mudah di bawa bekerjasama, sekepala dengan meraka atau lebih ngam bila memulakan sesuatu perbincangan..adakah begitu...


ya, bila manusia ada rezeki kenaikan pangkat untuknya..ada pula manusia mahu menutup rezekinya..cemburu iri hati yang terpendam..sikap manusia tidak terlepas membuat perkara negatif dan akhirnya memakan diri sendiri..begitu ia rasa sepertimana ia melakukan perkara yang sama seperti itu juga...

nota kaki: manusia hidup ibarat putaran roda..kadang-kadang di atas..kadang-kadang dibawah..dan manusia hanya mampu berkata-kata..ini hanya berkongsi pendapat..jika ada terguris hati hati dalam penulisan aku ini..aku minta maaf..bukan niat aku juga untuk mengaibkan siapa-siapa..manusia di mata dan dihati tidak lah sempurna....

maafkan aku adik..aku hargai hasil kerjamu

salam kepada pembaca semua..pembaca yang secara maya yang singgah teratak di blog aku ini yang sememangnya tidak seberapa pun..aku ucapkan terima kasih..sudah begitu lama blog ini menyepi..kerana aku lebih memberi fokus pada blog aku yang satu lagi...



latarbelakang blog aku sudah tukar ganti..adik perempuan aku yang membuatnya..pada mula aku menyuruh adik menukar "header" di blog aku yang satu lagi tetapi sebaliknya berlaku adik menukar layout baru di blog aku yang baru nak berkembang bagai cendawan nak tumbuh...hati aku ketika itu begitu panas hati..rasa marah membuak-buak..YaAllah keadaan aku mengawal keadaan marah itu ada hikmahnya juga..apabila aku perhatikan hasil kerja tangan adik menukar layout ini, hati aku sedikit sebanyak agak tenang sedikit..kerana melihat warna hijau itu warna kesukaan aku..malah hasil kerja adik nampak kemas...

maafkan aku adik..aku marah tadi kepadanya..aku harap juga hatinya cepat sejuk..kreativiti mu dalam bidang IT memang tepat pilihan mu dalam jurusan yang mu pilih..
aku sayangmu adik...=)