Sunday, August 14, 2011

terima kasih diberi ujian itu...

Aku mencari sesuatu apa yang boleh aku dapat..
iaitu mahu mencari ketenangan...
mungkin mustahil bagi aku..

oleh sebab aku sering leka dan alpa dengan Yang Maha Pencipta..
kesannya hati aku sering goyah..hati aku tidak kuat...
hati-hati yang sentiasa memikirkan kenapa hati aku sering goyah..
iman di dada tidak kukuh...
mengaku diri ilmu di dalam dada seolah-olah tidak ada..
dalam erti kata kosong dan jiwa dalam diri ini kosong..

bila di fikirkan ibadah ku masih lagi tidak sempurna..
berdoa dengan sekadar doa..berdoa dari hati dengan bersungguh-sungguh..kerana Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya yang meminta dan beribadah kepadaNya...

sering juga mengeluh kenapa aku di uji hati ini sentiasa goyang..sentiasa protes dalam diri kenapa aku ...Dia memberi kita peringatan sebenarnya..dengan mendekatkan diri kepadaNya..resah di hati..segala keluh-kesah, kini berasa lapang..oleh sebab itu Allah sentiasa memberi segala ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya..Allah memberi dan mahu kan terbaik untuk hamba-hambanya..ingatlah Allah sebanyak-banyakNya...

tidak lupa juga kepada diri aku sendiri..dekatkan diri kita juga dengan Kalam Allah iaitu Al-Quran..bacalah..Dia menurunkan kalamNya bukan untuk menyusahkan hamba-hambaNya tetapi memberi peringatan kepada kita agar kita menjadi orang yang beramal soleh, iman dan takwa kepadaNya...setiap yang ujian datang Allah memberi yang lebih baik dari sebelumnya...
agar diri tidak lupa kepadaNya..bila hati kita tidak tenang bacalah Al-Quran...Ia adalah penawar..bertaubat kepadaNya sesungguh Allah Maha Penerima Taubat hamba-hambaNya.

terima kasih kepada Yang Maha Pencipta yang memberi ujian ini dalam diriku....