Thursday, July 21, 2011

Entahlah Diri

[kredit]


merenung diri yang masih termangu-mangu..kadang-kadang terfikir pula, apakah yang akan bakal berlaku dengan kehidupan akan di lalui..dengan segala cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuh..seperti orang yang tiada semangat..takkan selamanya tiada semangat..mana perginya semangat diri ini?..

hari-hari yang di lalui sama saja..tiada perubahan..bukan perubahan fizikal..tapi perubahan dalam diri yang perlu diubah..entah memikirkan juga perkara-perkara yang tiada apa-apa tak ada gunanya..hanya ruangan maya ini meluahkan segala yang terpendam lama..


ketakutan selalu menerjah di fikiran..apa-apa yang mahu dilakukan semuanya takut..bukan takut dengan kritikan positif atau negatif tapi takut dari segi kekuatan dalaman yang tak kuat untuk menempuhinya..bukan tidak orang beri sokongan..ada...rasa diri lemah..entah la..macam semangat luntur..kena hadapi juga situasi walau macam mana sekali pun..