Tuesday, December 13, 2011

kecewa


cinta itu mesti ada perasaan kecewa
kenapa ada perasaan kecewa itu?

pendapat kalian
apa makna cinta itu?

cinta buta?
cinta monyet?
cinta itu di cintai?

terpaksa berpisah
ditinggalkan kekasih
berlaku curang di depan mata

begitu perit dengan perkataan kecewa

Thursday, November 3, 2011

Anak Patung (1)

menerjah di fikiran
kenapa, kenapa dan kenapa..
ingat kan anak patung ya..

anak patung sudah seperti manusia beku
eh memang ianya tidak bernyawa bukan
soalan bodoh



anak patung yang di cucuk hidungnya
mengikut saja rentak manusia-manusia yang tidak memahami dia
dalam dalaman memberontak bagaikan mahu bagi penumpuk sulung
baru padan muka
kalau ianya benar-benar terjadi
adakah ia puas dengan tindakannya?

anak patung terpaksa mengikut rentak orang lain
dia dalam keadaan tertekan
menuding jari kepada yang tidak bernyawa apa yang kau dapat
kau buat dia macam tiada perasaan
sungguh kejam kau
binatang-binatang tidak sekejam kau

sebijak mana pun kau
kau sebenarnya diri kau tu bodoh
dalaman diri kau ego melangit

kesian anak patung..

Saturday, October 22, 2011

pagi-pagi dah masuk tengahari..ermmm

selamat pagi walaupun dah masuk tengahri buta begini...bukan disebabkan bangun lewat walaupun ia tiada kaitan dengan kalian*kejam di situ..

pagi-pagi lagi telah mendidih dengan bebelan yang telah melahirkan diriku..di sebabkan diri masih ini lagi kebudak-budakan walaupun usia mencapai boleh menjadi emak orang..*eh?

menunggu kepulangan ayahanda untuk membawa diri dan anak-baranak pergi makan mentekedarah..ingat pergi makan mee bodoh segala di masjid tengkera..tapi sebaliknya berlaku makan roti canai dengan kepala ikan masak kari..makan tanpa menoleh kiri dan kanan kerana kekusyukan dan kesedapannya terhidang di depan mata..

pulang ke rumah telah memikirkan baju yang telah berlonggok hampir seminggu tidak di basuh..dengan harapan dapat laksanakan tugas tersebut sebaik mungkin..*sekarang tunggu masa untuk menyidai..sebenarnya tidak perlu di ceritakan segala bagai..senang cerita entry ini sudah tiada ide..

ok sekian saje..sori tiada info untuk kalian...

Friday, October 7, 2011

Padamkan Api Dengan Curahan Air

Assalamualaikum...



apabila kita menjadi memandu berhemah dan sudah mengikut peraturan sebaik mungkin
orang lain pula dengan tidak sengaja terlanggar kita...



apabila kita menyelam di dalam lautan biru..kita dengan diri sendirinya mengawal agar tidak terjadi sesuatu yang tidak dingini berlaku...




apabila berlaku perbezaan pendapat dan perbezaan akal fikiran boleh terjadi juga hanya kerana bergaduh sesama sendiri malah jika keadaan lebih teruk berlakunya pembunuhan


kadang-kadang ibarat percakapan tidak serupa bikin...serba serbi tidak kena...ketidakpuasan hati manusia sentiasa menerjah dalam diri...bukan mahu melihat dari kebaikan orang lain yang ada tapi sebaliknya melihat keburukan seseorang...ikut sedap mulut....melihat dulu diri sendiri..lebih elok perbaiki diri sendiri...ubah diri sendiri yang lebih baik...kalau merasakan diri sendiri hebat..itu salah..Allah lagi hebat segala hal...

kalau orang terlebih pandai....akal fikiran yang di gunakan ke arah kepada kehancuran
kalau orang terlebih bodoh atau merasakan dirinya bodoh...kemungkinan akal yang ada padanya di guna pakai untuk sesuatu benda yang hebat...

Sunday, August 14, 2011

terima kasih diberi ujian itu...

Aku mencari sesuatu apa yang boleh aku dapat..
iaitu mahu mencari ketenangan...
mungkin mustahil bagi aku..

oleh sebab aku sering leka dan alpa dengan Yang Maha Pencipta..
kesannya hati aku sering goyah..hati aku tidak kuat...
hati-hati yang sentiasa memikirkan kenapa hati aku sering goyah..
iman di dada tidak kukuh...
mengaku diri ilmu di dalam dada seolah-olah tidak ada..
dalam erti kata kosong dan jiwa dalam diri ini kosong..

bila di fikirkan ibadah ku masih lagi tidak sempurna..
berdoa dengan sekadar doa..berdoa dari hati dengan bersungguh-sungguh..kerana Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya yang meminta dan beribadah kepadaNya...

sering juga mengeluh kenapa aku di uji hati ini sentiasa goyang..sentiasa protes dalam diri kenapa aku ...Dia memberi kita peringatan sebenarnya..dengan mendekatkan diri kepadaNya..resah di hati..segala keluh-kesah, kini berasa lapang..oleh sebab itu Allah sentiasa memberi segala ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya..Allah memberi dan mahu kan terbaik untuk hamba-hambanya..ingatlah Allah sebanyak-banyakNya...

tidak lupa juga kepada diri aku sendiri..dekatkan diri kita juga dengan Kalam Allah iaitu Al-Quran..bacalah..Dia menurunkan kalamNya bukan untuk menyusahkan hamba-hambaNya tetapi memberi peringatan kepada kita agar kita menjadi orang yang beramal soleh, iman dan takwa kepadaNya...setiap yang ujian datang Allah memberi yang lebih baik dari sebelumnya...
agar diri tidak lupa kepadaNya..bila hati kita tidak tenang bacalah Al-Quran...Ia adalah penawar..bertaubat kepadaNya sesungguh Allah Maha Penerima Taubat hamba-hambaNya.

terima kasih kepada Yang Maha Pencipta yang memberi ujian ini dalam diriku....


Thursday, July 21, 2011

Entahlah Diri

[kredit]


merenung diri yang masih termangu-mangu..kadang-kadang terfikir pula, apakah yang akan bakal berlaku dengan kehidupan akan di lalui..dengan segala cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuh..seperti orang yang tiada semangat..takkan selamanya tiada semangat..mana perginya semangat diri ini?..

hari-hari yang di lalui sama saja..tiada perubahan..bukan perubahan fizikal..tapi perubahan dalam diri yang perlu diubah..entah memikirkan juga perkara-perkara yang tiada apa-apa tak ada gunanya..hanya ruangan maya ini meluahkan segala yang terpendam lama..


ketakutan selalu menerjah di fikiran..apa-apa yang mahu dilakukan semuanya takut..bukan takut dengan kritikan positif atau negatif tapi takut dari segi kekuatan dalaman yang tak kuat untuk menempuhinya..bukan tidak orang beri sokongan..ada...rasa diri lemah..entah la..macam semangat luntur..kena hadapi juga situasi walau macam mana sekali pun..

Tuesday, June 21, 2011

Anak kecil Itu..

[gambar hiasan]



setiap pagi anak kecil dengan riang mahu pergi ke sekolah..dengan bajunya yang sering kali di pakai kelihatan putih tiada warna kuning-kuning di bajunya walaupun bajunya bertampal di sana sini..


anak kecil yang masih mentah itu mengetahui kesusahan ibunya berusaha yang terbaik untuk nya..berbeza sama dengan rakan sebayanya mempunyai ibu dan bapa dan mempunyai kerja yang berpendapatan yang tinggi. malah, rakannya juga membawa lebihan wang di sekolah..sebaliknya anak kecil itu berlainan sama sekali..tetapi anak kecil itu fikiran seperti orang dewasa..dia tetap bersyukur dengan apa yang ada..di sebalik keriangan dan kegembiraan di wajahnya di berasa sunyi dan rindunya kepada ayah..dia selalu memikirkan ayahnya..dimana kah ayahnya..dia cuna menyembunyikan kesedihan itu dari ibunya..dia tidak mahu ibunya susah hati memikirkan dirinya..





dengan ibu kasih sayang yang dikecapinya kini..dia berasa selamat..setiap pagi ibunya menyediakan bekalan makanan untuk kesekolah..setiap pagi itu juga ibu kesayangannya menghantarnya ke sekolah meskipun berjalan kaki...walaupun ketika hari hujan lebat sekalipun, ibunya tetap menghantarnya ke sekolah..dan belum pernah anak kecil itu ponteng sekolah..





anak kecil itu, wajahnya berseri dan seolah-olah tiada dosa..ketika perjalanan pergi ke sekolah dan ketika pulang dari sekolah, orang di sekelilingnya akan memandang anak kecil yang comel itu..dan orang-orang yang melihatnya kepingan anak kecil yang comel seperti itu..ibunya senang dengan keletah dan lincah anaknya..ibunya bersyukur kepada Tuhan dengan pemberian anak yang comel..

Tuesday, May 31, 2011

adakah ego itu..mungkin?

begitu lama meninggalkan dunia maya dalam ruangan ini..mungkin menyepikan diri barangkali..adalakanya kena mengambil 'mood' untuk menulis ruangan ini yang tak seberapa ni..ahh lupakan saja..huhu ayat skema dalam pembuka bicara...




pelbagai ragam manusia di dalam dunia ini..salah satunya sikap ego..kadang-kadang ego itu tidak kena tempat..seolah-olah mementingkan diri sendiri..bukan segelintir tapi sudah sememangnya ada egonya itu dalam diri manusia..





adakah ego itu menunjukkan diri itu hebat..kagum..lebih-lebih lagi ego dalam diri itu seperti manusia 'perasan bagus'..adakah ianya realiti?..




adakah dengan cara berpakaian atau cara percakapan atau cara apa sekalipun sudah dianggap ego dalam diri..macam berlagak barangkali bukan..jika pendapat aku tidak benar sama sekali tegur..




adakah juga ego yang ada itu untuk meningkatkan keyakinan diri...adakah ianya benar atau ianya fakta?

Thursday, March 17, 2011

'manusia bodoh'...'belajar dari kesilapan'

salam kepada pembaca maya ku...



sesuatu perkara ke arah kebaikan mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan..tetapi ada kalanya ia terpaksa melakukan sesuatu perkara baik itu..kenapa ya?kenapa ada perasaan sebegitu?walaupun ia perkara baik..




betulkah manusa ini ada 'dua' hati?maksudnya di sini ada hati baik ada hati jahat..dalam hati bermonolog perkara yang negatif tapi sebaliknya perkara yang bermonolog itu tidak mahu diperkatakan..'eh,kenapa aku berkata begitu?'..itu lah yang sering berlaku...


manusia sering melakukan kesilapan..adalakala kesilapan yang pernah dilakukan itu di lakukan tanpa di sedari atau tidak tahu sesuatu perkara itu salah..manusia mengetahui Tuhan mengurniakan akal supaya manusia berfikir tapi tetap juga manusia sering melakukan kesilapan bukan?dan sering kali juga manusia berkata "belajar lah dari kesilapan"..tapi sampai bila?



apa yang manusia fahami tentang manusia bodoh?boleh beritahu maksudnya..sudah semestinya jawapan yang diberi adalah negatif bukan positif..adakah soalan diberi itu posotif atau negatif?mahu juga bertanya kepada kalian berapa tahap atau level manusia bodoh?pendapat kalian?


nota kaki: sama-sama lah manusia fikir mahu jadi yang terbaik atau sebaliknya..

Monday, January 10, 2011

sudah ada teman istimewakah..hanya mampu tersenyum..

salam kepada pembaca maya ku..macam mana aktiviti kalian seharian?sudah diselesaikan sebaik mungkin..insyallah..mudah mudahan..Alhamdulillah...sering kali aku ucapkan kepada kalian senyum selalu ya..:)

baru-baru ini, perihal abahku menanyakan soal teman istimewa..


sudah ada teman lelaki kah?
belum lagi..
takkan tak ada kot..kamu jual mahal kah?atau kamu tidak mahu berkahwin?
tidak lah..muka semacam ini mana ada yang nak abah..

[tidak usah terburu-buru..perlu yakin cinta itu akan datang..insyallah..berserah dan redha pada Ilahi]


aku juga agak terkejut juga dengan soalan yang di tujukan pada aku..bukan aku tidak mahu..tapi aku belum-belum cukup bersedia untuk aku melayari alam berumah tangga. apatah lagi aku yang masih belum ke arah percintaan..dan ilmu agama aku masih rapuh bagaikan kayu yang sudah mahu tumbang bila-bila masa saja.

aku mahu pentingkan kerjaya dahulu..aku mahu merasai gajiku sendiri dari hasil titik peluh aku sendiri..

aku perlu persiapkan diri untuk jangka masa panjang..dugaan dan cabaran yang mendatang kena ditempuhi jua walau keadaan diri masih lagi keadaan yang mencari hala tuju..

aku harap, kalian yang sering menjengah teratak di sini mendoakan untuk aku agar aku dapat menempuh segala ujian dan dugaan dariNya..dan mendoakan kejayaan aku..terima kasih kalian..

Wednesday, January 5, 2011

aku akan cuba memperbaiki..terima kasih kalian aku ucapkan

salam kepada pembaca maya ku...aku hargai kalian yang sudi singgah di teratak blog aku yang tidak seberapa ni..terima kasih juga kepada yang mem'follow' blog..aku sangat hargai kalian..dan tak lupa juga kepada 'silent readers' yang adakalanya menjengah di blog ini..


syukur ke hadrat Allah SWT, aku di beri peluang hidup dengan izinNya dapat hirup udara segar di kala petang ini hujan, ditambah pula rasa kedinginan..


di sini aku minta maaf kepada kalian sebab tidak dapat memberi komen yang entry-entry yang ku tulis..ada masalah teknikal dan tidak tahun punca sebab apa..aku juga sudah lama tertanya-tanya..maafkan aku kalian..pada asalnya latarbelakang layout ini adik ku yang buat dari situ terdapat masalah sedikit yang tidak ada pada ruangan komen


jika ada di antara kalian atau bloggers yang singgah di sini yang mahu aku 'follow' kalian..kalian boleh tingglkan ruangan komen di ruangan SB ya..di ruangan blog aku yang satu lagi aku juga buat begitu juga agar senang dan mudah dikut bukan.. insyallah aku akan juga singgah di teratak kalian juga..jangan risau ya..


insyallah dari hari ke hari aku akan cuba memperbaiki tahap gaya penulisan ku..aku juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan ketika aku menulis..aku boleh terima teguran kalian dengan syarat biar la teguran itu teguran yang membina agar aku mempelajari sesuatu dan dapat manfaat dari kalian juga..sama kita semua memberi dan menerima..


pada blog yang satu lagi ada lah tempat ruang santai aku ketika aku kebosanan, meluahan apa saja isi hati dan cerita-cerita yang aku suka ceritakan..adakalanya pengisian aku cerita itu tidak ada apa-apa, hanya ruangan omongan kosong..maafkan aku juga ya..insyallah aku akan cuba memperbaiki..

Monday, January 3, 2011

pemilihan kerjaya..ikut kata hatikah?

salam kepada semua pembaca maya ku..tidak lambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru pembaca maya ku..aku harap segala tahun baru dapat dicapai dengan jayanya..amin..

kehidupan manusia sehari-hari belajar belajar dan belajar..setelah memerah otak dan tenaga kita guna lagi untuk mencari kerja..ini lagi satu penyakit..rata-rata pelajar-pelajar yang sudah habis pengajian akan diserapkan terlebih dahulu dalam latihan praktikal..selama empat atau enam bulan akan bertungkulumus mempelajari latihan praktikal di mana-mana syarikat..

jika majikan melihat usaha kita semasa menjalani latihan praktikal dan majikan itu mahu mengambil kita bekerja ditempat syarikatnya..itu namanya rezeki..jangan ditolak..sebab sebelum konvo sudah diterima sebagai bekerja..seronok bukan..tak adalah menganggur selama berbulan-bulan..

jika sebaliknya berlaku, kena berusaha keras untuk mendapat pekerjaan..rata-rata aku lihat juga profesion perguruan menjadi pilihan terakhir oleh para graduan walaupun mempunyai dekan dan mendapat pointer yang tinggi..adakah pemilihan profesion itu terpaksa dipilih atau berdasarkan minat yang diingini atau gaji yang baik di alam tersebut?adakah anda mahu menjadi guru atau tidak?


kadang-kala pemilihan kerjaya yang ditentukan diri sendiri tidak di terima oleh ibubapa..agak pelik kah? apa yang aku lihat ada sesetengah ibubapa yang memberi pandangan dari sudut negatif dari pemilihan yang dibuat oleh anak mereka..aku tahu juga ibubapa mahu yang terbaik untuk anak mereka tapi ..entah la aku tidak mengerti keadaan dan situasi seperti ini..jika kita tidak mengikut kehendak mereka dan memilih kehendak kita sendiri makanya mereka tidak merestui kerja yang kita lakukan..adakah patut jadi begitu?