Monday, January 10, 2011

sudah ada teman istimewakah..hanya mampu tersenyum..

salam kepada pembaca maya ku..macam mana aktiviti kalian seharian?sudah diselesaikan sebaik mungkin..insyallah..mudah mudahan..Alhamdulillah...sering kali aku ucapkan kepada kalian senyum selalu ya..:)

baru-baru ini, perihal abahku menanyakan soal teman istimewa..


sudah ada teman lelaki kah?
belum lagi..
takkan tak ada kot..kamu jual mahal kah?atau kamu tidak mahu berkahwin?
tidak lah..muka semacam ini mana ada yang nak abah..

[tidak usah terburu-buru..perlu yakin cinta itu akan datang..insyallah..berserah dan redha pada Ilahi]


aku juga agak terkejut juga dengan soalan yang di tujukan pada aku..bukan aku tidak mahu..tapi aku belum-belum cukup bersedia untuk aku melayari alam berumah tangga. apatah lagi aku yang masih belum ke arah percintaan..dan ilmu agama aku masih rapuh bagaikan kayu yang sudah mahu tumbang bila-bila masa saja.

aku mahu pentingkan kerjaya dahulu..aku mahu merasai gajiku sendiri dari hasil titik peluh aku sendiri..

aku perlu persiapkan diri untuk jangka masa panjang..dugaan dan cabaran yang mendatang kena ditempuhi jua walau keadaan diri masih lagi keadaan yang mencari hala tuju..

aku harap, kalian yang sering menjengah teratak di sini mendoakan untuk aku agar aku dapat menempuh segala ujian dan dugaan dariNya..dan mendoakan kejayaan aku..terima kasih kalian..

No comments:

Post a Comment