Monday, January 3, 2011

pemilihan kerjaya..ikut kata hatikah?

salam kepada semua pembaca maya ku..tidak lambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru pembaca maya ku..aku harap segala tahun baru dapat dicapai dengan jayanya..amin..

kehidupan manusia sehari-hari belajar belajar dan belajar..setelah memerah otak dan tenaga kita guna lagi untuk mencari kerja..ini lagi satu penyakit..rata-rata pelajar-pelajar yang sudah habis pengajian akan diserapkan terlebih dahulu dalam latihan praktikal..selama empat atau enam bulan akan bertungkulumus mempelajari latihan praktikal di mana-mana syarikat..

jika majikan melihat usaha kita semasa menjalani latihan praktikal dan majikan itu mahu mengambil kita bekerja ditempat syarikatnya..itu namanya rezeki..jangan ditolak..sebab sebelum konvo sudah diterima sebagai bekerja..seronok bukan..tak adalah menganggur selama berbulan-bulan..

jika sebaliknya berlaku, kena berusaha keras untuk mendapat pekerjaan..rata-rata aku lihat juga profesion perguruan menjadi pilihan terakhir oleh para graduan walaupun mempunyai dekan dan mendapat pointer yang tinggi..adakah pemilihan profesion itu terpaksa dipilih atau berdasarkan minat yang diingini atau gaji yang baik di alam tersebut?adakah anda mahu menjadi guru atau tidak?


kadang-kala pemilihan kerjaya yang ditentukan diri sendiri tidak di terima oleh ibubapa..agak pelik kah? apa yang aku lihat ada sesetengah ibubapa yang memberi pandangan dari sudut negatif dari pemilihan yang dibuat oleh anak mereka..aku tahu juga ibubapa mahu yang terbaik untuk anak mereka tapi ..entah la aku tidak mengerti keadaan dan situasi seperti ini..jika kita tidak mengikut kehendak mereka dan memilih kehendak kita sendiri makanya mereka tidak merestui kerja yang kita lakukan..adakah patut jadi begitu?

No comments:

Post a Comment