Monday, December 27, 2010

cuba bangkit dan cari penyelesaian..

salam kepada pembaca maya ku..diharap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka..dan yang penting sekali berilah senyuman..senyuman itu ibarat seri wajah kita...


haaaa..tidak lama lagi nak masuk tahun 2011..keazaman setiap manusia akan memasan angan-angan, apakah cita-cita manusia pada tahun depan..setiap manusia juga mahukan impian yang di cita-citakan dan yang dilaksanakan..tapi kena berusaha keras untuk mencapai sesuatu impian itu..betul tak?



segala tulang empat kerat di gunakan bersungguh-sungguh tetapi impian yang ingin dicapai tidak dapat apa yang diinginkan..janganlah cepat berputus asa..cari jalan penyelesaian untuk mencapai impian itu..dengan kata lain cuba cari strategi lain daripada yang lain untuk mendapatkan impian itu..gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada diri sendiri..dan juga mencari apa kelebihan yang ada pada diri itu agar dapat tingkatkan keyakinan diri..


jika sesetengah orang memperlekehkan usaha kita..biarkan..jangan la kita melawan..makin kita melawan juga..makanya kita juga seperti mereka juga..kita buat kerja kita untuk kita berusaha apa yang kita impikan..lebih baik kita diam daripada kita banyak mulut dan banyak cakap tidak menyumbang apa-apa buah fikiran..sebaliknya mahu memperendah-rendahkan usaha seseorang itu..




kita kena bangkit dan bangun..kita kena buktikan kita juga boleh buat...mulut orang tak boleh nak tutup..itu hak mereka..kita tak boleh nak halang...setiap kritikan itu jadikan ia positif..ya aku tahu bukan semua orang mudah menerima sesuatu kritikan itu..tapi ambilnya ia dengan cara kita gunakan akal fikiran..cuba fikir semula sesuatu kritikan itu..kiranya,musahabah diri..tak ada yang mudah..dengan apa yang aku katakan tadi dengan cara muhasabah diri..tinggalkan segala perlakuan buruk dan mencari perlakuan yang baik ada pada diri kita..

No comments:

Post a Comment