Friday, November 12, 2010

adakah ianya berakhir dengan...

Salam kepada semua pembaca..terima kasih juga sudi singgah blog ku yang tidak seberapa ini...ku hargai setiap anda yang datang melawat blog ku ini..(=______=)


aku berada dalam keadaan persekitaran yang penuh dengan umpatan, kejian,..dengan kata lain mengucap kata-kata belakang..bukan di depan-depan..Ya Allah, bila situasi ini akan tamat..adakah ianya akan berakhir dengan kehomornian atau berakhir dengan pertelingkahan yang berterusan...(T_____T)

hati dan jiwa ini rasa seperti di cucuk-cucuk..lebih-lebih hati ini tidak tenteram...telinga mendengar perkataan-perkataan yang kurang enak..aku rasa dunia tidak layak aku duduki yang Tuhan ciptakan...aku hanya melihat dan tidak mampu untuk aku berbuat apa-apa..hanya melihat..seolah-olah aku tidak mahu dikatakan menjaga tepi kain orang..hidup dunia sendiri dan buat diri masing-masing..aku hanya mampu senyum dan berdiam diri saja..

kadang-kala apa yang berlaku di persekitaran kita..kita terus melihat dari luaran juga kan..tapi di dalaman kita tidak tahu..kita harus menila diri sendiri dahulu..dan sentiasa perbaiki diri kita dari semasa ke semasa..senyum selalu..wassalam..

No comments:

Post a Comment