Tuesday, October 23, 2012

Hanyalah Allah SWT...



Assalamualaikum...
Begitu lama aku tidak menulis di ruangan ini..
jadi dengan masa yang ada ini baru berpeluang untuk aku menulis..:)

Peringatan untuk diri  sendiri
adakalanya sering alpa, lalai terleka dengan duniawi
tapi selalu terlupa untuk mencari bekalan untuk di sana nanti..

manusia seperti aku sering mengeluh
kenapa mengeluh itu dan ini?
dimana mahu mencari ketenangan

ermmm baru tersedar dalam hati dan fikiran kita ada Allah SWT.
mahukan ketenangan..
dengan ketenangan perlu di cari bukan ditunggu ketenangan itu
dengan hidayah perlu di cari bukan hidayah itu ditunggu dengan sendiri
jika hidayah itu datang sendiri ianya datang dari Allah SWT.

Bersangaka baik dengan Allah bukan buruk sangka denganNya.
jika di timpa musibah atau dugaan dalam hidup
jangan kita persoalkan kenapa sesuatu masalah itu datang kepda diri kita
dan jangan menyalahkan Allah dan orang-orang di sekeliling kita
tapi melihat bagaimana hubungan kita dengan Allah, manusia dan makhluk Allah SWT yang lain

Allah mahu uji kita sejauhmana tahap kesabaran kita ditimpa ujian dariNya

lihat dalam diri bagaimana hubungan kita dengan Allah
lihat bagaimana iman dan ketaqwaan kita dengan Allah
letakkan dalam hati kita kebergantungan dengan Allah SWT.
yakin dalam diri kita hanya Allah tempat kita bergantung bukannya manusia

kasih sayang keluarga kerana Allah
kasih sayang sahabat kerana Allah

buang sifat mazmumah dalam diri kita
sebaliknya gantkan dengan perkara-perkara baik dengan sifat mahmudah
lakukan perbuatan dan perkara-perkara yang baik kerana Allah

Allah suka manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dalam usahanya
tapi bukan hasilnya dari usaha kita..
hasilnya itu datangnya dari Allah.
sebab Allah melihat usaha kita jadi Allah beri hasilNYa dari usaha kita
yang ikhlas kerana Allah

Jaga hubungan baik dengan Allah
Jaga hubungan baik dengan manusia

mencari redha Allah bukannya perhargaann manusia
mengikut segala perintah Allah SWT dan jauhilah larangannNya.

jangan lupa basahkan lidah, hati dan akal kita dengan zikrullah....:)

No comments:

Post a Comment